Adam's Family Fotopages

By: Rozita Hanis Jamalludin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 16-Jan-2007 01:20 Email | Share | | Bookmark
Sekolah

 
click here for more

8 Tips Ransang Otak Kanan

#7 Imaginasi
Kembangkan imaginasi anak anda dengan sessi bercerita. Pilih cerita yang mempunyai banyak ilustrasi, bahasa yang mudah dan jalan cerita yang ringkas. Untuk meransang otak kanannya, anda mulakan dengan sebuah kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya. Beri peluang untuknya bercerita. Jangan terlalu mendesak jika dia tidak dapat melakukannya.


hana: fav subjek? naik van
rina: hari tu ada murid besar naik dok belakang
ouled kenitra: nasib baik samarinda takde kuar power rangers
ummizz: semangat kat umah je, sampai gate sekolah melalak
ibu nf: bukan 1st day, 1st week melalak. sekolah ni sebelah umah je
polini: macam abah dia
rini: kalau ikut dia nak pakai baju cars je pastu takmo gi sekolah
wan: cikgu comei tapi ajiq ada aweks. nama aweks dia 'ten'. ntah pape la korang ni
sherrina: hafiz pun sama jugak rasanya. macam haziq dulu pun terus berdiri je
sherrina: ha ah. teacher amy. tadika dia sebelah umah ni je dekat senang
ummi ameer isyraf: adik? adik buat bodo je. padan muka dia kena tinggal kat sekolah
mar: 2nd week ni dia berlagak sket. siap cakap tu tak payah teman dah
eema: kat skul bila breaks ada koko crunch, sosej tah pape lagi teacher dia buat
liza: teacher dia panggil kakak comei
mommy d&d: uniform tu bila time balik memang dah lencun
zubye: yang kaler merah kuning biru tu ke? tu kayu tu zubye
marcia: yayay! ko sekarang kemain eeh asek sebut kawen je ni
azie: jumpa nanti k
akma: adik sanggup bangun dpd tido bila dengar sore abang balik. idola dia tu
siti: baik-baik masak tu. jangan lupa tutup gas sebelum kuar
auntie y: gambut keteng ni sama macam auntie y kecik-kecik dulu
auntie y y katong: dia guru besar kat situ. dia pesan kalau nak kencing cakap je terus jgn sms
f&z: okeng. kami datang bukan nak memetik bunga tau cikgu! kawan mama saya pesan
nusrah: lagi best bila balik dapat naik van makcik inah. ala yg laki dia nama steven spielberg tu
mama danish: sedih. tiap-tiap pagi macam hantar orang gi haji je


Friday, 12-Jan-2007 07:42 Email | Share | | Bookmark
Adik

 
click here for more

8 Tips Ransang Otak Kanan

#6 Teka teki
Bermain bersama anak adalah aktiviti yang menyeronokkan. Salah satu aktiviti yang menarik perhatian anak adalah bermain teka-teki. Cuba letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apakah objek yang ada dalam kotak itu.
Cara bermainnya, lakukan dengan memberi klu seperti warna dan bunyi.
Ini adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Bagaimanapun hanya lakukan sekitar setengah jam sehari. Tidak perlu terlalu lama untuk bermain dengan permainan ini supaya anak tidak merasa bosan.



Monday, 1-Jan-2007 09:14 Email | Share | | Bookmark
Hooray! Cuti lagi

salam aidiladha..
..dan selamat tahun baru 2007
8 Tips Ransang Otak Kanan

#5 Melukis
Walaupun usianya masih awal lagi untuk melukis, anda boleh membantu untuk melakukannya.
Lukis objek yang mudah contohnya rama-rama, rumah, atau kereta.
Caranya anda hanya perlu melukis sebahagian sahaja dan sebahagian lagi suruh anak anda habiskan.
Ini dapat mengaktifkan otak kanan.




Thursday, 28-Dec-2006 08:05 Email | Share | | Bookmark
Abang | Cita-cita nak jadik Polis & Mat Rempit

 
8 Tips Ransang Otak Kanan

#4 Kraftangan
Memberi galakkan kepada anak ketika ini adalah suatu keperluan untuk meransang kemahiran berfikirnya.
Ketika ini dia sudah meluaskan penerokaan alam sekelilingnya. Ketika dia melakukan kraftangan,
otak kanannya akan "bekerja". Ajaklah anak anda bermain tanah liat, mewarna, melukis,
gunting kertas, dan sebagainya. Lakukan kraftangan yang mudah untuk dia lakukan.




Monday, 25-Dec-2006 17:02 Email | Share | | Bookmark
Orang Utan Island @ Perak, Malaysia

baby orang utan
click here for more

8 Tips Ransang Otak Kanan

#3 Kad imbasan
Kad imbasan turut digunakan untuk meransang kemahiran anak.
Ia mengajar anak mengembangkan kemahiran barunya.
Contohnya cuba gunakan kad imbasan ABC atau 123,
dan dalam tempoh seminggu lihat kesannya.
Penggunaan kad imbasan secara kosisten akan memberi kesan kepada anak.
Pasti dia mampu menghafal huruf-huruf yang ditunjukkan.
Pada masa yang sama, anda boleh membuat kad imbasan mengikut kreativiti anda sendiri.
Ketika mengajarnya, tunjukkan kad itu satu persatu dengan cepat
kerana apabila kad itu bergerak laju,
otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.




[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net