Adam's Family Fotopages

By: Rozita Hanis Jamalludin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Friday, 22-Dec-2006 05:29 Email | Share | | Bookmark
Crocs

kasut crocs asadi ni boleh dibeli di TESCO jugak wakaka
8 Tips Ransang Otak Kanan

#2 Kata-Kata Positif dan Sentuhan
Ketika anak tidur dalam keadaan tidur-tidur ayam, bisikkan di telinganya kata-kata positif
seperti sayang,
anak yang disayangi, anak yang baik, anak yang soleh, rajin pergi sekolah, jangan menangis selalu, dan bijak.
Kenapa ia dilakukan waktu ini?
Kerana ketika itu, otak kanan sedang berfungsi manakala otak kiri sudah tidur.

Bagaimanapun untuk memastikan ransangan begini "menjadi" lakukan dengan hati yang ikhlas
dan ketika anda dalam keadaan rileks.
Elakkan ketika anda dalam keadaan marah.

Selain itu, sewaktu anda kata-kata begitu,
ramaslah jari-jemari dan tangannya supaya dia masih dalam keadaan tidur-tidur ayam.
Malah dalam Islam menggalakkan ibu bapa bercakap atau berdoa dengan anak
ketika mereka dalam proses hendak melelapkan mata,
sebab waktu-waktu inilah doa dimakbulkan.




Wednesday, 20-Dec-2006 01:41 Email | Share | | Bookmark
Gathering



Gambar Gathering Penduduk 2006

8 Tips Ransang Otak Kanan

#1 Emosi
Perkembangan emosi terus maju dalam diri anak anda. Dia mula belajar untuk berinteraksi dengan orang lain dan menjadi lebih bersosial. Jadi usah marah atau tengking anak dengan nada yang kuat. Ini kerana perbuatan itu mereka akan simpan dalam otak kiri. Sekiranya tanpa sengaja, anda marah anak anda, pujuklah dia semasa dia hendak tidur. Jangan malu ucapkan perkataan maaf kepada anak anda. Keadaan ini akan membuatkan dia merasa dirinya dihargai dan disayangi.




Friday, 15-Dec-2006 05:04 Email | Share | | Bookmark
Adam



10 Cara Untuk Menceriakan Anak

#10 Jangan mengkritik anak
Apabila anda meminta anak anda melakukan sesuatu janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan.
Jika anda menyuruh mereka mengelap meja, janganlah anda meminta mengelap meja itu sebersih-bersihnya.
Jika anda asyik mengeluh tentang kerja-kerja dilakukan oleh anak, dia akan berasa bahawa
dia memang tidak dapat memberi kualiti kerja yang bagus buat selama-lamanya.




Monday, 11-Dec-2006 03:27 Email | Share | | Bookmark
Musuh dalam selimut

 
10 Cara Untuk Menceriakan Anak

#9 Jadilah pendengar yang baik
Ibu bapa sepatutnya menjadi pendengar yang baik dan rapat kepada anak-anak.
Anak-anak akan lebih berasa dihargai dan dilindungi jika anda menjadi pendengar setia.
Mendengar ada tekniknya.
Dengar dan tumpukan perkara yang diluahkan oleh anak.
Jawab setelah dia habis bercakap dan meminta pandangan anda.
Cara ini akan menunjukkan bahawa anda melayani dan menghormatinya sebagai individu.




Tuesday, 5-Dec-2006 15:38 Email | Share | | Bookmark
Iklan: Beli la Drypers kat TESCO Ampang

 
iklan penuh klik kat sini

10 Cara Untuk Menceriakan Anak

#8 Peluk dan cium anak
Pertalian fizikal yang mengeratkan hubungan anda berdua ialah pelukan dan ciuman.
Sebagai ibu bapa yang penyayang anda harus mendidik anak anda agar sentiasa menghargai
pelukan dan ciuman daripada ibu bapanya.
Peluk dan ciumlah anak seberapa kerap yang boleh kerana
anak anda akan rasa lebih ceria dan dihargai setiap kali dia bersentuhan dengan anda.




[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net